Where you can find simple tutorial for computer software.

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday 31 December 2012

TUTORIAL : 10 LANGKAH VPN FREE.


Salam semua..

Entry aku kali ni nak ajar sikit cara-cara nk buat VPN free.  Banyak kali dah aku dengar diorang sebuk-sebuk nk beli SKMM punya broadband, lepas tu nak daftar lagi SERVER VPN lah bagai.. Dah nak kena bayar lagi, VPN lagi, broadband lagi..

Aku ni minat dalam bidang "Computering" ni, dan bidang-bidang yang sewaktu dengannya. Termasuk la HACK ke, CRACK ke, REPAIR ke, DESIGN pun boleh (InsyaAllah).  Kalau melibatkan software, aku adalah orang yang takkan keluarkan duit untuk beli SOFTWARE (bukan HARDWARE ye.)..  Aku akan cari jalan untuk dapatkan FREE, kira software pirate larr (Arrrrr).. Bukan aku tak mampu ye, sengaja tak nak..

p/s... Entry ni boleh membuatkan seller, SKMM, VPN tak boleh makan tau? (alaa, yang selalu bagi ayat, "kalau nak unlimited kan broadband, PM saya, SMS saya, CALL saya..", macam-macam lar, tapi biasa ayat depan tu memang sama.)..

Firstly, sebelum anda-anda semua duduk "hack Broadband" tu konon, aku nak bagi tahu korang, apa tu VPN, VPN tu shortform untuk "VIRTUAL PRIVATE NETWORK"



Paham? Senang dalam bahasa mudah, anda membuka satu "PRIVATE CONNECTION" ke SERVER X (Bukan nama sebenar, syarikat yang menyediakan services VPN). Disebabkan namanya "private", connection ini akan terus sambung ke server tanpa ada sekatan daripada siapa-siapa.


Fungsi VPN ini sebenarnya digunakan untuk "businessman" yang berkerja di luar tempat kerja, jadi untuk "access" ke dalam maklumat syarikat tanpa maklumat-maklumat penting terdedah kepada hacker.


Jadi macam mana dengan "UNLIMITED QUOTA BROADBAND"? 

Sebenarnya, quota anda semua masih berjalan walaupun menggunakan VPN.  Seperti yang aku maksudkan kat atas, PRIVATE CONNECTION itu akan terus ke SERVER X tanpa disekat oleh "siapa-siapa" "Siapa-siapa" tersebut bermaksud TELKO anda semua.. (CELCOM, DiGi, MAXIS) Apa bila quota anda sudah habis, TELKO anda akan menyekat connection menjadikan perlahan (Quota dah habis, internet pun jadi perlahan).  Tetapi, apabila menggunakan "PRIVATE CONNECTION" yang dimaksudkan tadi, TELKO anda tidak akan dapat kesan connection anda dan sekatan tidak akan dikenakan, jadi?  Walaupun quota habis, tetapi speed masih lagi laju.  


VPN itu tidak ada kaitan dengan unlimited quota atau melajukan internet, apa yang VPN tu buat ialah dia menggunakan kelemahan TELKO anda untuk melepasi (bypass) sekatan apabila quota habis.


Jadi, entry aku ini adalah untuk ajar anda semua buat connection VPN free tanpa daftar VPN. Ape yang anda perlukan ialah CONNECTION BIASA, broadband ke, prepaid internet ke, wifi pun boleh (sebenarnya).



1. Mula-mula pasang broadband dan online macam biasa.

2. Set up VPN sendiri.  Tekan "right klik" dekat network icon anda. klik "Open
    Network and Sharing Center"
Contoh gambar ni mungkin tak sama, sebab aku guna Windows 8.



3. Klik dekat "Setup New Connection or Network"


4. Klik "Connect to a Workplace"


5. Use my internet connection (VPN).


6.  Dalam internet address tu letak "199.192.152.63".
     Ini address ke SERVER X ( Syarikat yang menyediakan servis VPN)
     Destination Name "Letak je apa-apa"


7.  Complete, dan siapkan, TETAPI, jangan connect dulu lagi, ada lagi setting yang yang
     perlu dibuat.
     Bagi pengguna "Windows 7" anda perlu tekan "Don't connect now"
     User name sila letak "vpn123" (PENTING)

     Lepas tu create bile siap, JANGAN TEKAN "CONNECT NOW", tekan Close.

     Balik semua ke DESKTOP
     Klik "Network Icon"
     Right klik dekat "VPN connection"( kalau tak tukar nama).
     klik "View connection properties"


8.  klik TAB "Security".
     klik "Type of VPN" tukar kepada Point to Point Tunnelling Protocol (PPTP)
     Maksudnya, private connection anda ke SERVER X.

     JANGAN TERLEPAS
     Allow these protocols.
     Tick CUMA "Microsoft CHAP Version 2"
     Kalau dah tersedia, abaikan.


 9.  Lepas itu, tekan TAB "Networking"
      Tick "CUMA" Internet Protocol Version 4
      Lepas tu klik "OK"



10.  Siap, klik semula dekat "Network Icon".
       Connect ke VPN anda.



Username: vpn123 (PENTING)
Password: Click Here


  • ("Move slider untuk unlock" dan tekan "GET VPN INFO" lepas tu "copy password" *Password akan ditukar setiap 10 minit bermakna, setiap kali ingin buat connection ke VPN, password akan bertukar jadi lain. (Jadi, tak perlulah copy dan simpan password tu lama-lama.)


**LINK DIATAS AKAN MEMBUKA MULTIPLE LINK**
SILA LIHAT POPUP


Taraa...kalau semuanya betol, anda akan dapat access ke VPN free, tanpa bayaran bulanan. Kalau dah mendaftar bulanan VPN tu, boleh pulang balik, kalau nak la, kalau tak hendak, tidak apa.. (Buat ape nak berenang kalau ada sampan, buat ape nak beli bile ade yang free? kan?kan?kan?)

Selamat mencuba..


Nota Kaki : 
Maaf ye jika gambar-gambar tersebut tak sama dengan anda, sebab perbezaan Operating System. Dan, jika ada error, atau tidak boleh connect ke, salah password ke.. Itu disebabkan server terlalu ramai, jadi?  Sila click semula, dan ambil password baru ye?