Where you can find simple tutorial for computer software.

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday 14 November 2012

TUTORIAL : DAPATKAN PASSWORD FACEBOOK KAWAN

Salam..

Sebenarnya aku takder niat pun nak buat Entry hari ni, tetapi bosan yang amat, dan sedang menunggu donwload movie aku tu siap, aku nak kongsi sikit tentang cara nak collect password facebook kawan anda.

Bukan nak hack remotely (hack ke pc orang lain), tapi just setting komputer anda supaya apabila mangsa "LOG IN" kedalam Facebook, dan taraa.. Email address dan password akan di"filter" (mention di atas sebagai "collect" kan?)

First of all, macam mana teknik ni berkerja?  Kali ni senang sikit aku nak terangkan berbanding ENTRY yang lepas.  Apa bila anda SURF ke "Laman social anda", sebagai contoh FACEBOOK.  Anda menghantar (POST) ke server facebook, kemudian server facebook tersebut akan menghantar data kepada anda (GET).

Data ape yang anda dapat (GET) itu?  Haish, alaa..gambar-gambar (interface) facebook tu la yang anda dapat. Yang anda hantar tu cuma data kecil untuk REQUEST data-data facebook itu.

Jadi apa yang "menatang" tu buat?  Dia akan tapis (filter) data-data yang anda hantar kepada facebook tersebut.  Filter itu ditetapkan (DEFAULT) kepada automatik, tetapi anda boleh tapis sebenarnya dengan bantuan "menatang" tu.

Menatang tu sebenarnya bukan software pun, tetapi fungsi tambahan (Add-On) untuk FIREFOX.  Okeh?  MOZILLA FIREFOX sahaja.  (hangin je pengguna Chrome kan?)  Add-On tu namanya "Tamper Data". Pada sesiapa yang dah pernah tahu pasal tamper data ni, tengok entry lain la pula ye.  Sebab teknik ni dah lapok, cuma tetap boleh digunakan lagi untuk "prank" kawan-kawan.

Anda boleh download add-on tu ikut Klik Sini ini.  Kalau tak boleh gunakan Klik Sini ini pula.. Ye?

KALAU TAK KELUAR, MUNGKIN DISEBABKAN POPUP BLOCKER
Atas belah kanan, sila enable kan popup daripada blog aku ni.

Tapi macam mana hendak menggunakannya?

Tak susah pun, macam biasa tutorial aku ni aku gunakan gambar-gambar supaya senang dipaham. Pastikan anda ada perisian (software) firefox, dan install add-on.  Boleh dapatkan kat atas.

PERINGATAN SEMULA.
Teknik ini untuk bukan remote.  Bermakna cuma berkesan kepada komputer yang di setup.

Mula-mula install tamper data. Dan run, kepada yang tidak tahu. Aku tunjukkan.


Di bahagian atas firefox, tekan dekat firefox tu, tekan "option" dan kemudian enable "Menu Bar", atau kepada yang pemalas atau pun yang sudah tahu shortcut, cuma tekan  "ALT" button.  Tak payah cari dekat firefox tu, button alt tu ada dekat keyboard sebelah "space button".


Taraa.. Nanti keluar Menu Bar dan "mouse over" ke "Tools" dan pilih "Tamper Data".  Klik untuk buka (of course la kan).


Windows Tamper Data popup keluar. 
Gambar Tamper Data macam kat bawah ni.


Dan, pergi semula ke firefox anda dan SURF "FACEBOOK".
Haaa..disini lah permainan bermula. (Muahaha!!!)  Tak perlu nak susah-susah fikir pasal nak buat apa, anda cuma perlu minimize kan sahaja.  Bukan tak ada funtion, mesti la ada, tapi bukan sekarang.
TAPI!!!
Sebelum minimize tu, klik CLEAR dulu, bersihkan sikit, nnti senang nak mulakan operasi.


Bermula lah cerita dimana, anda pandai-pandai la mintak tolong kawan anda (mangsa) buka facebook dia, bagi la alasan apa-apa pun, nak tengok gambar ke, nak tengok kawan ke, atau pun nak tengok awek lain ke.  Yelaa..kat Facebook sendiri ade laki je, kawan perempuan semua Girlfriend dah remove. (Ada ke?)
Dah sudah, suruh mangsa tersebut pergi main jauh-jauh kalau tidak, kantoi la nnti mudus operandi anda.

Balik semua kepada Tamper Data anda tadi, Add-On anda akan start filter POST, ataupun data-data yang anda send dan yang anda dapat GET. Kalau anda perasan, GET anda akan lebih banyak daripada POST.  Sebab anda cuma post data-data kecil seperti ID untuk login tadi, tapi facebook akan bagi anda profile page anda.  Ini juga jawapan kepada kenapa quota anda habis.


Jadi, skroll ke atas, dan cari POST, seperti gambar di bawah. Klik link data tersebut.



Dan kemudian "DOUBLE" klik POSDATA didalam data tadi.  Email dan password anda telah di "DECRYPT".  Sebelum data anda dihantar ke server facebook.  Tapi apa nak dirisaukan, tamper data ini akan decrypt semua supaya akan menjadi text untuk memudahkan anda baca dan paham.


Taraaa.. Maka akan keluarlah popup dan email dan password mangsa direveal oleh sebalik tekan-tekan di dalam tamper data itu.  (Gelak besar lah lepas tu ye?)


Password akan berada di tempat yang di HIGHLIGHT seperti didalam gambar di atas.

Selamat mencuba.

Nota Kaki : 
Lepas ni mesti kawan-kawan anda akan menjadi takut kepada anda, dan akan memanggil anda "hacker".
ELEH..BARU SIKIT...