faiziredza[dot]com

Where you can find simple tutorial for computer software.

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday 22 April 2013

April 22, 2013

REMOTE CONTROL @ MENGAWAL PC DARI LUAR

Assalamualaikum...

Lama sungguh tak update blog.. Okeh.. Kali ni nak update pasal ape pulok yer? Oh, orait, kali ni aku nak ajar korang pulak, macam mana CONTROL komputer ataupun laptop ke, apa-apa ke.

Mungkin ada antara korang yang dah tahu, tapi, saje je nak tambah post, aku pun buat la entry ni ye?

Haa.. Pernah dengar tak fasal "Team Viewer" ni?  Ni sebenarnya  salah satu software untuk membenarkan orang lain atau korang sendiri untuk mengawal "CONTROL" la dengan kata mudahnya dari tempat lain..

( Macam korang kat pejabat ke, tapi ada la file-file tertinggal dekat rumah, korang boleh la control and emailkan file-file penting tu ke komputer pejabat ..  Tak pun korang nak tolong komputer kawan-kawan korang yang ada masalah "korang kan expert" boleh la tolong repair kan daripada jauh, ataupun rumah korang sendiri )..

Firstly, macam mana nak buat mesti la korang kena ada software ni.. Ada? Tak ada tak apa, ni aku bagi link untuk download.


Oh? Nak link untuk download ea?  Laa.. Tekan je gambar "Team Viewer" kat atas tuh..

Secondly.
Dah download? Okeh, apa lagi, install la. Tekan je "setup" tuh,

TAPI

Pastikan korang tekan "PERSONAL/NON-COMMERCIAL USE"
okeh kawan-kawan semua,
sebab kalau korang klik "COMPANY/COMMERCIAL USE" atau pun
"BOTH OF THE ABOVE"
proses korang akan terganggu dan PUP!! tiba-tiba je connection anda akan terputus dan TARAA..
keluar la pop-up suruh anda beli software tu sebab anda sendiri yang klik penggunaan untuk COMPANY kan? Jadi TeamViewer akan mengangap anda menggunkan software mereka untuk proses berniaga..
So, tak payah la gatal tangan nak klik COMPANY atau BOTH okeh?

Macam biasa, aku akan sediakan screenshoot.


Itu saja yang penting rasanya..  Lepas tu korang sambung la setup tu macam biasa..
Kalau dah siap nanti korang akan dapat ID dan Password..
Haa.. Dengan password dan ID ni la korang kena simpan sebab dengan ID ni korang boleh akses komputer dan kawal komputer anda, (Pastikan komputer anda online dan TeamViewer ni beroperasi (running) okeh?)



Taraa.. dapat dah ID? Dapat dah Password? Haa..macam tu je cara nak guna, ID & Password aku tu korang nak simpan pn boleh, cuma tak boleh guna la, sebab macam aku cakap, password sentiasa berubah..

Oh ye? siapa yang mungkin ada masalah, aku pun selalu jugak tolong kawan-kawan aku guna software ni, kalau aku boleh tolong, aku tolong.. Kalau tidak, maaf la yer, hamba ni tak ada internet ni rumah, ni update pun dekat kedai abang hamba, dia ada Unifi BIZ bukan VIP,.

Jadi, sampai sini saja lah entry aku hari ni (kali ini)..
Assalamualaikum..




Monday 31 December 2012

December 31, 2012

TUTORIAL : 10 LANGKAH VPN FREE.


Salam semua..

Entry aku kali ni nak ajar sikit cara-cara nk buat VPN free.  Banyak kali dah aku dengar diorang sebuk-sebuk nk beli SKMM punya broadband, lepas tu nak daftar lagi SERVER VPN lah bagai.. Dah nak kena bayar lagi, VPN lagi, broadband lagi..

Aku ni minat dalam bidang "Computering" ni, dan bidang-bidang yang sewaktu dengannya. Termasuk la HACK ke, CRACK ke, REPAIR ke, DESIGN pun boleh (InsyaAllah).  Kalau melibatkan software, aku adalah orang yang takkan keluarkan duit untuk beli SOFTWARE (bukan HARDWARE ye.)..  Aku akan cari jalan untuk dapatkan FREE, kira software pirate larr (Arrrrr).. Bukan aku tak mampu ye, sengaja tak nak..

p/s... Entry ni boleh membuatkan seller, SKMM, VPN tak boleh makan tau? (alaa, yang selalu bagi ayat, "kalau nak unlimited kan broadband, PM saya, SMS saya, CALL saya..", macam-macam lar, tapi biasa ayat depan tu memang sama.)..

Firstly, sebelum anda-anda semua duduk "hack Broadband" tu konon, aku nak bagi tahu korang, apa tu VPN, VPN tu shortform untuk "VIRTUAL PRIVATE NETWORK"



Paham? Senang dalam bahasa mudah, anda membuka satu "PRIVATE CONNECTION" ke SERVER X (Bukan nama sebenar, syarikat yang menyediakan services VPN). Disebabkan namanya "private", connection ini akan terus sambung ke server tanpa ada sekatan daripada siapa-siapa.


Fungsi VPN ini sebenarnya digunakan untuk "businessman" yang berkerja di luar tempat kerja, jadi untuk "access" ke dalam maklumat syarikat tanpa maklumat-maklumat penting terdedah kepada hacker.


Jadi macam mana dengan "UNLIMITED QUOTA BROADBAND"? 

Sebenarnya, quota anda semua masih berjalan walaupun menggunakan VPN.  Seperti yang aku maksudkan kat atas, PRIVATE CONNECTION itu akan terus ke SERVER X tanpa disekat oleh "siapa-siapa" "Siapa-siapa" tersebut bermaksud TELKO anda semua.. (CELCOM, DiGi, MAXIS) Apa bila quota anda sudah habis, TELKO anda akan menyekat connection menjadikan perlahan (Quota dah habis, internet pun jadi perlahan).  Tetapi, apabila menggunakan "PRIVATE CONNECTION" yang dimaksudkan tadi, TELKO anda tidak akan dapat kesan connection anda dan sekatan tidak akan dikenakan, jadi?  Walaupun quota habis, tetapi speed masih lagi laju.  


VPN itu tidak ada kaitan dengan unlimited quota atau melajukan internet, apa yang VPN tu buat ialah dia menggunakan kelemahan TELKO anda untuk melepasi (bypass) sekatan apabila quota habis.


Jadi, entry aku ini adalah untuk ajar anda semua buat connection VPN free tanpa daftar VPN. Ape yang anda perlukan ialah CONNECTION BIASA, broadband ke, prepaid internet ke, wifi pun boleh (sebenarnya).



1. Mula-mula pasang broadband dan online macam biasa.

2. Set up VPN sendiri.  Tekan "right klik" dekat network icon anda. klik "Open
    Network and Sharing Center"
Contoh gambar ni mungkin tak sama, sebab aku guna Windows 8.



3. Klik dekat "Setup New Connection or Network"


4. Klik "Connect to a Workplace"


5. Use my internet connection (VPN).


6.  Dalam internet address tu letak "199.192.152.63".
     Ini address ke SERVER X ( Syarikat yang menyediakan servis VPN)
     Destination Name "Letak je apa-apa"


7.  Complete, dan siapkan, TETAPI, jangan connect dulu lagi, ada lagi setting yang yang
     perlu dibuat.
     Bagi pengguna "Windows 7" anda perlu tekan "Don't connect now"
     User name sila letak "vpn123" (PENTING)

     Lepas tu create bile siap, JANGAN TEKAN "CONNECT NOW", tekan Close.

     Balik semua ke DESKTOP
     Klik "Network Icon"
     Right klik dekat "VPN connection"( kalau tak tukar nama).
     klik "View connection properties"


8.  klik TAB "Security".
     klik "Type of VPN" tukar kepada Point to Point Tunnelling Protocol (PPTP)
     Maksudnya, private connection anda ke SERVER X.

     JANGAN TERLEPAS
     Allow these protocols.
     Tick CUMA "Microsoft CHAP Version 2"
     Kalau dah tersedia, abaikan.


 9.  Lepas itu, tekan TAB "Networking"
      Tick "CUMA" Internet Protocol Version 4
      Lepas tu klik "OK"



10.  Siap, klik semula dekat "Network Icon".
       Connect ke VPN anda.



Username: vpn123 (PENTING)
Password: Click Here


  • ("Move slider untuk unlock" dan tekan "GET VPN INFO" lepas tu "copy password" *Password akan ditukar setiap 10 minit bermakna, setiap kali ingin buat connection ke VPN, password akan bertukar jadi lain. (Jadi, tak perlulah copy dan simpan password tu lama-lama.)


**LINK DIATAS AKAN MEMBUKA MULTIPLE LINK**
SILA LIHAT POPUP


Taraa...kalau semuanya betol, anda akan dapat access ke VPN free, tanpa bayaran bulanan. Kalau dah mendaftar bulanan VPN tu, boleh pulang balik, kalau nak la, kalau tak hendak, tidak apa.. (Buat ape nak berenang kalau ada sampan, buat ape nak beli bile ade yang free? kan?kan?kan?)

Selamat mencuba..


Nota Kaki : 
Maaf ye jika gambar-gambar tersebut tak sama dengan anda, sebab perbezaan Operating System. Dan, jika ada error, atau tidak boleh connect ke, salah password ke.. Itu disebabkan server terlalu ramai, jadi?  Sila click semula, dan ambil password baru ye?


Wednesday 14 November 2012

November 14, 2012

TUTORIAL : DAPATKAN PASSWORD FACEBOOK KAWAN

Salam..

Sebenarnya aku takder niat pun nak buat Entry hari ni, tetapi bosan yang amat, dan sedang menunggu donwload movie aku tu siap, aku nak kongsi sikit tentang cara nak collect password facebook kawan anda.

Bukan nak hack remotely (hack ke pc orang lain), tapi just setting komputer anda supaya apabila mangsa "LOG IN" kedalam Facebook, dan taraa.. Email address dan password akan di"filter" (mention di atas sebagai "collect" kan?)

First of all, macam mana teknik ni berkerja?  Kali ni senang sikit aku nak terangkan berbanding ENTRY yang lepas.  Apa bila anda SURF ke "Laman social anda", sebagai contoh FACEBOOK.  Anda menghantar (POST) ke server facebook, kemudian server facebook tersebut akan menghantar data kepada anda (GET).

Data ape yang anda dapat (GET) itu?  Haish, alaa..gambar-gambar (interface) facebook tu la yang anda dapat. Yang anda hantar tu cuma data kecil untuk REQUEST data-data facebook itu.

Jadi apa yang "menatang" tu buat?  Dia akan tapis (filter) data-data yang anda hantar kepada facebook tersebut.  Filter itu ditetapkan (DEFAULT) kepada automatik, tetapi anda boleh tapis sebenarnya dengan bantuan "menatang" tu.

Menatang tu sebenarnya bukan software pun, tetapi fungsi tambahan (Add-On) untuk FIREFOX.  Okeh?  MOZILLA FIREFOX sahaja.  (hangin je pengguna Chrome kan?)  Add-On tu namanya "Tamper Data". Pada sesiapa yang dah pernah tahu pasal tamper data ni, tengok entry lain la pula ye.  Sebab teknik ni dah lapok, cuma tetap boleh digunakan lagi untuk "prank" kawan-kawan.

Anda boleh download add-on tu ikut Klik Sini ini.  Kalau tak boleh gunakan Klik Sini ini pula.. Ye?

KALAU TAK KELUAR, MUNGKIN DISEBABKAN POPUP BLOCKER
Atas belah kanan, sila enable kan popup daripada blog aku ni.

Tapi macam mana hendak menggunakannya?

Tak susah pun, macam biasa tutorial aku ni aku gunakan gambar-gambar supaya senang dipaham. Pastikan anda ada perisian (software) firefox, dan install add-on.  Boleh dapatkan kat atas.

PERINGATAN SEMULA.
Teknik ini untuk bukan remote.  Bermakna cuma berkesan kepada komputer yang di setup.

Mula-mula install tamper data. Dan run, kepada yang tidak tahu. Aku tunjukkan.


Di bahagian atas firefox, tekan dekat firefox tu, tekan "option" dan kemudian enable "Menu Bar", atau kepada yang pemalas atau pun yang sudah tahu shortcut, cuma tekan  "ALT" button.  Tak payah cari dekat firefox tu, button alt tu ada dekat keyboard sebelah "space button".


Taraa.. Nanti keluar Menu Bar dan "mouse over" ke "Tools" dan pilih "Tamper Data".  Klik untuk buka (of course la kan).


Windows Tamper Data popup keluar. 
Gambar Tamper Data macam kat bawah ni.


Dan, pergi semula ke firefox anda dan SURF "FACEBOOK".
Haaa..disini lah permainan bermula. (Muahaha!!!)  Tak perlu nak susah-susah fikir pasal nak buat apa, anda cuma perlu minimize kan sahaja.  Bukan tak ada funtion, mesti la ada, tapi bukan sekarang.
TAPI!!!
Sebelum minimize tu, klik CLEAR dulu, bersihkan sikit, nnti senang nak mulakan operasi.


Bermula lah cerita dimana, anda pandai-pandai la mintak tolong kawan anda (mangsa) buka facebook dia, bagi la alasan apa-apa pun, nak tengok gambar ke, nak tengok kawan ke, atau pun nak tengok awek lain ke.  Yelaa..kat Facebook sendiri ade laki je, kawan perempuan semua Girlfriend dah remove. (Ada ke?)
Dah sudah, suruh mangsa tersebut pergi main jauh-jauh kalau tidak, kantoi la nnti mudus operandi anda.

Balik semua kepada Tamper Data anda tadi, Add-On anda akan start filter POST, ataupun data-data yang anda send dan yang anda dapat GET. Kalau anda perasan, GET anda akan lebih banyak daripada POST.  Sebab anda cuma post data-data kecil seperti ID untuk login tadi, tapi facebook akan bagi anda profile page anda.  Ini juga jawapan kepada kenapa quota anda habis.


Jadi, skroll ke atas, dan cari POST, seperti gambar di bawah. Klik link data tersebut.



Dan kemudian "DOUBLE" klik POSDATA didalam data tadi.  Email dan password anda telah di "DECRYPT".  Sebelum data anda dihantar ke server facebook.  Tapi apa nak dirisaukan, tamper data ini akan decrypt semua supaya akan menjadi text untuk memudahkan anda baca dan paham.


Taraaa.. Maka akan keluarlah popup dan email dan password mangsa direveal oleh sebalik tekan-tekan di dalam tamper data itu.  (Gelak besar lah lepas tu ye?)


Password akan berada di tempat yang di HIGHLIGHT seperti didalam gambar di atas.

Selamat mencuba.

Nota Kaki : 
Lepas ni mesti kawan-kawan anda akan menjadi takut kepada anda, dan akan memanggil anda "hacker".
ELEH..BARU SIKIT...



Tuesday 13 November 2012

November 13, 2012

LINK TAMBAHAN UNTUK VPN FREE.

Assalamualaikum..

Entry kali ini bukan tutorial apa-apa.  Tapi disebabkan blog aku diserbu dan ramai yang tak dapat gunakan VPN FREE. Entry aku yang lepas. Mungkin disebabkan ramai sangat yang gunakan "OVERLOAD".  Ye la, benda Free kan?


Tapi?  Macam mane nak tukar VPN lain kalau dah ada VPN yang lama?
Tak susah pun, mula-mula..

Right klik "Network Icon"


Right klik dekat VPN yang lama. Dan klik "View Connection Properties"


Akan keluar VPN network properties. Dekat TAB "General" tukarkan internet
address anda yang lama kepada yang baru.


INTERNET ADDRESS

1.  vpn1.vpnour.com

atau?

2. vpn2.vpnour.com

atau?

3. vpn3.vpnour.com

atau?

4. vpn4.vpnour.com

atau?

5. vpn5.vpnour.com

atau?

6. vpn6.vpnour.com


Tuh, yang nombor-nombor tuh, tukar kan kepada URL di atas.  Pilih la mana nak pilih.
Letak sebijik URL di atas, contoh: vpn1.vpnour.com.

Kalau dah tukar, tekan OK, lepas tu cuba lagi sekali.  Connect semula dan gunakan password baru.

PENTING!!!

JIKA ANDA GUNAKAN ADDRESS PERTAMA SILA KLIK LINK YANG PERTAMA.
tapi bila gunakan address ke dua, klik yang kedua dan seterusnya..

Password VPN boleh ambil dekat BAWAH,
kalau link tu pergi web lain, maaf ye.


Selamat Mencuba..

Kalau Tak boleh, tukar address yang lagi, ada 6 kat situ, termasuk yang lama, jumlah ada 7 link semua. TETAPI, jika tetap tidak boleh, munkin ada kesilapan semasa pemasangan (setup) VPN tadi.  Ataupun, mungkin terlalu ramai yang berada dalam SERVER VPN tadi.  


Kepada yang pemalas di luar sana yang agak-agak malas nak edit-edit bagai, tak perlulah edit, cuma dengan tambah VPN baru. Cara tetap sama, 10-Langkah dekat entry lepas.  Cuma yang membezakannya "INTERNET ADDRESS" yang lama tu tukar dengan yang baru.


Lagi sekali, Kepada yang pelik entry ni sebab ape? Entry ni sambungan daripada ENTRY aku yang lepas, sebagai tambahan SERVER VPN.

Pss..sebenarnya link yang sebenar dekat sini..kan dah bagi tau, dekat BAWAH..



Thursday 15 March 2012

March 15, 2012

DEFINITION OF BOOK

It's remind me something..

Instruments that record analyses summarize organize debate and explain information which are illustrative non-illustrative hardbound paperback jacketed non-jacketed with forward introduction, table of contents, index that are indented for the englightnment, understanding enrichment enhancement and education of the human brain thru sensory root of vision... sometimes touch.

Equal.

Book.

Tuesday 13 March 2012

March 13, 2012

TUTORIAL : MAINTAIN CONNECTION (PING OF DEAD)

Salam..

Kali ni Entry aku nak ajar korang macam mane nk maintain connection broadband anda-anda semua kekal sending and receive request daripada TELKO anda.  Sebenarnya kenapa nak maintain kan connection ni?  Connection internet sebagai contoh akan berjalan semasa digunakan, tetapi bila anda sekadar bukak Facebook, Twitter, Blog ke, connection anda sebenarnya pada tahap IDLE, maksudnye, penggunaan internet rendah.

Bagus la tu kan?  Jimat sikit broadband punye quota?  Memang jimat, sebab tu Entry kali ini sesuai untuk si Downloader yang nak download apa-apa.  Sebab? Bila connection anda stabil, "ping" (post yang dihantar ke Server Download) akan sentiasa berjalan, menjadikan ping dan receive lancar.  Jadi, download speed akan maintain ke tahap maksimum kemampuan broadband ATAU tahap maksimum SERVER yang anda download "something" tu (kerana speed download bergantung pada dua faktor).

Teknik ni sangat berkesan kepada user yang suka download mengikut Torrent, maknanya download yang bersaiz besar dan menggunakan P2P (Peer to Peer).


Speed akan maintain dalam purata yang sama (5xx kb/s)


Speed purata 8xx kp/s > 1 Mb/s
Yang ni laju sebab ni direct download

Teknik ni juga boleh guna bagi anda yang konon nya nak searching info-info, ingin "surfing" banyak page.  Boleh la gunakan teknik ni.  Bagi melancarkan surfing web.

Tapi? Macam mana nak buat?

Senang je, gunakan "CMD" atau nama penuh nya Command Promt, sebab, teknik ni tak menggunakan apa-apa setting atau third party software, cuma menggunakan COMMAND.  Biasa orang lain mesti cakap "Pergh, kau guna command ke?".  Command-command ni biasa digunakan oleh expert, atau pun orang yang belajar pasal computer ni (alaa..macam komputer saintis tu)

Pengguna Windows 7 atau Windows 8, cara nak buka CMD cuma tekan "START" dekat bawah belah kiri screen. Dan taip "cmd" (quote mark tu tak payah la taip sekali), Dan tekan "Enter".



Windows 8 lain sikit.


Nanti akan keluar windows ni.  Taip "ipconfig" 


Skroll ke atas dan cari "IPv4 address".

"Right Click" dan "Mark"

Dah copy.  Taip semula "ping" space <paste semula> -t
*dan Enter

Dan, Taraa.. Siap la.. Biarkan macam tu, nak minimize pn boleh.


Selamat mencuba.


Nota Kaki : 
Tapi kalau tetap connection perlahan, tu bermakna memang connection tu yang perlahan, INGAT, teknik ni untuk "MAINTAIN SPEED, BUKAN LAJUKAN"



Thursday 8 March 2012

March 08, 2012

TUTORIAL : BYPASS BLOCKED PAGE.

Salam

Kali ni aku nak buat Entry fasal macam mana nk "Bypass Blocked Page".  Banyak page-page yang disekat sebenarnya, kepada yang familiar mesti rasa geram bila tiba-tiba je website tak boleh buka, sebab di block oleh Malaysia.

Teknik sangat berkesan kepada pelajar-palajar yang nak bukak "FACEBOOK, TWEETER, YOUTUBE" dekat sekolah, atau pun universiti.  Memang geram kan bila da masa free, tapi Facebook tak boleh bukak pula.  Jadi teknik ni la aku gune dekat U aku membuatkan akak praktikal tu mintak aku ajar dia. (Kantoi)

Macam mana nak buat?

Teknik ni aku ajar gunakan website, untuk bypass blocked page tu.  Macam mane dia berfungsi, bila anda buka satu page, anda menggunakan proxy (alamat) anda ke website lain.  Website lain tu mempunyai server nya sendiri. (proxy sendiri).  Ape yang berlaku di sini ialah, anda membuka satu website, jadi anda menggunakan proxy Malaysia ke website luar (contoh: proxy website tersebut di USA) dan service yang disediakan ialah menggunakan website tersebut untuk buka website lain DI DALAM website tersebut.

Susah nak paham?  Aku pun konfius masa nak terangkan nih.  Senang kata, anda tak boleh buka Facebook, tapi anda tumpang website orang lain untuk buka Facebook.

Mana link nya?

Link nya dekat Click Here.

Cuma tekan, dah taip website yang anda ingin surf, dan tara.. Blocked page dapat dibuka.

Selamat mencuba.